Anak Wajib Bertanggung Jawab Pada Kedua Orang Tua Walau Sudah Menikah

Kalau orang tua susah, kita sebagai anak harus membantu kedua orang tua kita. Cukupkan keperluan mereka.

Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua.

Lagi lagi mertua yang miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dengan ibu kandung sendiri.

Sedihnya ramai isteri hari ini lepas diri daripada tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yang lahirkan korang? Siapa yang mengaandungkan korang?

Siapa yang sekolahkan korang? Siapa yang daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja. Siapa? Siapa yang banyak berkorban untuk melihat korang jadi anak yang berguna?

Janganlah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita

Kenapa ibu yang besarkan kita dengan kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok-esok boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.

Aku bukanlah baik tapi aku pernah cakap ibu aku bukan tanggung jawab aku. Ibu aku besarkan aku, sekolahkan aku, suruh aku jadi cikgu, dan walaupun ibuku lagi kaya dari pada aku.

Nafkah ibu tak pernah miss apa lagi kalau ibu orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu aku? Aku ingatkan lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibuku sebagai mana kau hormati ibumu.

Kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu. Bagilah apa yang termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.

suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yang jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dengan ibu.